Friday, June 27, 2008

Kemudahan Pelancongan Jasin Di Pertingkatkan

Pelbagai Kemudahan Pelancongan baru akan diwujudkan di sini dalam usaha mempopularkan lagi daerah ini sebagai salah satu destinasi pelancongan luar bandar. Ketua menteri, Datuk Seri Ali Rostam berkata, antara program pembangunan pelancongan yang sedang berjalan ketika ini adalah pembinaan taman rekreasi di Ayer Panas di Bemban serta beberapa kemudahan baru lain.
Menurutnya, ia termasuk pembinaan taman rekreasi Bukit Langsat dan projek Laman Tiga Budaya di kawasan Asahan." Apabila kemudahan pelancongan ini siap sepenuhnya kelak, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kerajaan negeri tetapi juga penduduk setempat," katanya di sini hari ini.
Kata Mohd Ali, selain itu, kemudahan pelancongan lain turut terlibat dalam projek menaik taraf tersebut termasuk hutan simpan Bukit Sedanan dan hutan rekreasi Bukit Batu Lebah. Ujarnya kos menik taraf kemudahan terlibat di anggarkan berniali RM6.6 juta termasuk menaik taraf hutan rekreasi Bukit Langsat yang kini dalam pembinaan.
Ujarnya usaha menigkatkan kemudahan prsarana pelancongan di daerah terbabit di harap dapat membantu menarik lebih ramai pelancongan asing berkunjung ke Jasin pada masa depan.

Majlis Makan Malam TYT









Wednesday, June 25, 2008

RM 74 Juta Bina Sekolah, Masjid di Jasin.

Kerajaan negeri Memperuntukkan sebanyak RM 74 juta untuk membina surau dan masjid termasuk kemudahan sekolah agama di daerah ini bagi memastikan penduduk Jasin menikmati program pembangunan yang sewajarnya.
Ketua Menteri, Datuk seri Mohamad. Ali Rustam berkata, rancangan itu termasuk membina kira- kira 10 buah surau baru melibatkan angaraan kos sebanyak RM 1.1 juta manakala RM 9.5 juta lagi di peruntukkan bagi membina empat masjid.
Menurutnya sebanyak 10 buah sekolah rendah agama baru akan di bina dengan kos sebayak RM 10.7 juta lagi termasuk tujuh buah sekolah menengah agama berniali RM52.6 juta
"Semua kemudahan prasarana seperti ini akan terus dilaksanakan demi memastikan penduduk jasin menikmati projek pembangunan yang di atur oleh kerajaan negeri demi kebaikan mereka pada masa depan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majis Makan Malam Bersama Rakyat semperna perlantiakn Yang dipertua, Datuk Seri Mohd. Khalid Yaakob di sini malam tadi.
Kata Mohd Ali , biarpun daerah Jasin merupakan daerah pertanian dan menjadi kawasan tadahan air namun projek pembangunan di daerah tersebut akan terus dilaksanakan tampa menjejaskan sistem ekologi sedia ada.
Selain itu katanya,antara projek baru yang turut di laksanakan pembinaan naik taraf dan jalan baru seperti jalan Jasin-Merlimau-Kampung Lancang dan jalan baru Jasin-Tangkak ke Jasin-Nyalas di anggarakan RM25 juta
Katanya, dalam usaha menangani masalah banjir di daerah ini, dua projek tebatan banjir di kampung Lancang dan Pekan Merlimau akan dilaksanakan membabitkan kos sebanyak RM20 juta di kampung Sungai Rambai.
Selain itu, sejajar dengan dengan kaadaan meningkatkan penggunaan air di daerah ini, kita kini turut membina Loji Air Lancang mlibatkan RM240 juta sedang dalam pembinaan secara berperingkat.
"Pada masa yang sama, kita turut menambah jumlah rumah kos rendah terutama di kawasan penduduk yang padat, dua projek akan di laksanakan iaitu di Kampung Kelubi Fasa II dan Kampung Pulai Darat II melibatkan peruntukkan RM 32.3 juta."katanya.
Mohd Ali berkata, kerajaan negeri akan terus membangun dan menaik taraf kemudahan prasarana pendidikan di Jasin dengan menyediakan peruntukan RM35.8 juta untuk membina 17 buah sekolah di daerah ini.