tag:blogger.com,1999:blog-27503236061400093532024-03-13T23:19:20.479+08:00P139JASINUnknownnoreply@blogger.comBlogger65125tag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-12496628560191291752009-04-27T10:48:00.000+08:002009-04-27T10:49:21.544+08:00Hentikan Perbalahan Sesama KitaUmat Islam di negeri ini diseru melakukan perubahan tekad dengan menghentikan perbalahan yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat masa kini.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, perbalahan di kalangan umat Islam tidak seharusnya berlaku dan ia boleh dielakkan jika masyarakat berpegang kepada Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, kekurangan penghayatan terhadap Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW menyebabkan umat Islam pada zaman kini berada dalam keadaan yang huru-hara.

"Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa semua umat Islam bersaudara tetapi malangnya pada masa ini masyarakat bermusuh sesama sendiri, enggan berkerjasama dan saling bergaduh sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Padang Taman Kesang Damai, di sini, semalam.

Majlis sambutan anjuran Anjuran Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Bemban, JAPERUN DUN Bemban itu turut dihadiri Pegawai Daerah Jasin, Halim Ahmad; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Ghazalee Mohamad; Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang serta ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Jasin.

Hadir sama, Penyelaras UMNO DUN Bemban, Zainal Kadir; Setiausaha JAPERUN DUN Bemban, Azmi Kadir dan turut menyaksikan sebanyak 24 kontinjen membabitkan 1,500 peserta.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, umat Islam seharusnya melaksanakan kerja kebajikan dan mengutamakan keamanan, namun mereka kini dilihat suka melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan.

"Apabila umat Islam tidak mendalami al-Quran dan tidak melaksanakan ajaran yang telah ditetapkan, maka berlakulah pelbagai masalah, peperangan, huru-hara dan perbalahan yang menjadikan masyarakat Islam tidak kuat, tidak bermuafakat dan tidak bersaudara,'' jelasnya.

Katanya, umat Islam perlu melakukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mendalami Al-Quran dan menghayati serta mengikuti sunah Nabi Muhammad.

Kontinjen yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" itu kemudiannya berarak dari Taman Kesang Damai menuju ke Masjid Kesang Luar dan majlis diakhiri dengan ceramah Maulidur Rasul disampaikan guru tahfiz, Ustaz Hatta Abd RahimUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-65497100884759938562009-04-10T14:16:00.002+08:002009-04-10T14:20:06.509+08:00RM403j bina Bandar Baru JasinKerajaan negeri akan membangunkan secara usahasama projek pembangunan Bandar Baru Jasin seluas kira-kira 200 hektar di daerah itu tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek baru itu akan dijalankan bersama melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) dan Telekom Malaysia (TM).

Menurutnya, ia meliputi pembangunan bercampur jenis perumahan, bangunan perniagaan dan pejabat kerajaan dengan keseluruhan kos berjumlah RM403 juta serta menjanjikan pulangan pelaburan sebanyak RM77 juta dalam tempoh 10 tahun.

''Ia termasuk pembinaan 600 lot kampung tersusun, 241 lot komersial, 1,378 lot kediaman dan dua lot institusi pengajian tinggi bakal dibangunkan di kawasan itu dalam tempoh 10 tahun.

''Kita akan bina semua ini selama 10 tahun dan pulangan yang TM peroleh adalah sebanyak 16 peratus daripada projek ini malah ia bakal memperoleh semula RM64.6 juta dalam tempoh tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Usahasama antara TM Facilities Sdn. Bhd. dan Pertam di sini semalam.

Pertam diwakili Timbalan Pengerusinya, Datuk As'ari Ibrahim dan Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nasser Selamat manakala TM diwakili oleh Pengerusi TMF merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TM, Datuk Adnan Rofiee dan Naib Presiden Perniagaan Sokongan TM, Zam Ariffin Ismail.

Hasil perjanjian itu, Pertam bertanggungjawab memajukan tanah milik anak syarikat TM, TM Facilites Sdn. Bhd. yang terletak di mukim Bemban dalam daerah Jasin untuk dijadikan Bandar Baru Jasin kelak.

Kata Mohd. Ali, pihaknya yakin projek pembangunan Bandar Baru Jasin itu memberi manfaat dan keuntungan jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

''Apa yang paling penting dalam projek ini, daerah Jasin dapat dibangunkan seiring dengan pembangunan daerah lain yang terdapat di Melaka memandangkan daerah ini agak ketinggalan.

''Sehubungan itu, mulai tahun ini, kita akan memfokuskan lebih banyak pembangunan di daerah Jasin supaya ia dapat membangun dengan cepat," katanya.

Beliau turut mempelawa mana-mana institusi pendidikan, kesihatan dan pihak swasta untuk turut terlibat membeli bangunan perniagaan yang akan disediakan di kawasan tersebut kelak.

''Pertam juga akan menjual tanah kosong selain tanah yang siap infrastruktur asas untuk kampung tersusun tetapi sekiranya ada agensi yang berminat untuk membelinya secara bina siap, Pertam akan menyiapkan kemudahan asas,'' katanya.

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-78275289363781659062009-04-02T20:25:00.001+08:002009-04-02T20:28:28.495+08:00Jadikan Program Khidmat MasyarakatBahagian Sahabat Belia akan sentiasa bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di negeri ini dalam melaksanakan apa jua program bagi kebaikan bersama.

Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKMM), Mohd Nizam Omar berkata, penganjuran dan jaringan kerjasama dalam melaksanakan program untuk mendekatkan siswa/siswi dengan golongan muda dan masyarakat wajar dijadikan sebagai program tahunan.

"Siswa/siswi perlu didedahkan dengan program-program kemasyarakatan kerana di samping menimba ilmu di pusat pengajian tinggi mereka juga boleh mendekati masyarakat di taman perumahan sebagai salah satu tanggungjawab sosial pelajar kepada masyarakat," katanya.

Mohd Nizam berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Anak Angkat Politeknik Merlimau di Balai Raya Taman Bahagia, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Taman Bahagia, Abu Dolah Hitam merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Alor Gajah, Ketua UMNO Cawangan Taman Bahagia, Aduman Md Jelas dan Ketua Gerakan Belia 4B (GB4B) Taman Bahagia, Borhan Ibrahim merangkap Ketua Pemuda UMNO Taman Bahagia.

Program keluarga angkat anjuran Politeknik itu disertai seramai 40 pelajar pelbagai fakulti di Politeknik Merlimau. Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan RT Taman Bahagia, GB4B Cawangan Taman Bahagia dan UMNO Cawangan Taman Bahagia dari 27 Mac hingga esok (hari ini) di taman itu.

Sehubungan itu, Mohd Nizam mengucapkan tahniah diatas penganjuran dan jaringan kerjasama yang baik di kalangan pengajur dan masyarakat setempat. Mohd Nizam yang juga Pengerusi Biro Pelajaran dan Pengajian Tinggi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin berkata, pengalaman yang mereka timba haruslah digunakan dengan sebaiknya dan disampaikan kepada rakan-rakan yang tidak dapat menyertainya.

Program-program seperti ini haruslah diteruskan lagi dan menjadi program utama dan tahunan bagi IPTA/S di negeri ini.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-45563245591919069602009-04-02T20:06:00.001+08:002009-04-02T20:10:13.157+08:00Derita remaja dapat perhatianPenderitaan seorang remaja yang menghidap sakit pinggang dan tangan akibat kemalangan jalan raya 11 Mac lalu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Mohd Hafiz Razali, 18, penuntut Tahun Satu Sijil Automotif, Pusat GiatMara, Durian Tunggal itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian pinggang dan tangan kanan apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kereta.

Ibunya, Esah Tahir, 59, berkata, selepas kejadian, anaknya koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM) selama lapan hari. “Syukur selepas lapan hari dirawat, Mohd Hafiz akhirnya mula sedar dan kemudian mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama.

“Sehingga sekarang, Mohd Hafiz akan kami bawa berjumpa doktor di HM untuk menjalani pemeriksaan. Walaupun sudah sedarkan diri, Mohd Hafiz masih lagi tidak dapat menguruskan diri sendiri.

“Oleh itu, kami sekeluarga yang menjaganya dan menguruskan dirinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, kata Esah, perhatian yang diberi oleh Pembela Barisan Nasional (BN), Badan Sukarelawan Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ahli Parlimen Jasin yang datang melawat anaknya yang terlantar di rumah amat dihargai.

“Saya sekeluarga amat berterima kasih atas bantuan dan perhatian yang disalurkan pelbagai pihak yang sudi hadir ke rumah kami untuk mengetahui perkembangan Mohd Hafiz,” katanya.

Sebelum ini, katanya, rakan-rakan, tenaga pengajar dan Pengarah GiatMara tempat anaknya belajar turut datang melawat untuk mengetahui perkembangan kesihatan anaknya itu.

Pada lawatan berkenaan, Badan Sukarela Al-Taqwa MAIM menghulurkan bantuan sebuah kerusi roda dan lampin pakai buang kepada Mohd Hafiz, selain Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah turut menyampaikan peruntukan Parlimen kepada Mohd Hafiz.

Hadir sama dalam lawatan itu Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah Abd Aziz, Ketua Penyelia Badan Sukarela Al-Taqwa MAIM, Md Dino Md Delan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama, Ghazale Muhammad serta beberapa kakitangan JKM daerah.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-54388878553908148712009-03-30T10:47:00.001+08:002009-03-30T10:49:25.083+08:0040 penuntut belajar cara hidup desaSeramai 40 pelajar daripada pelbagai jurusan dari Politeknik Merlimau menyertai Program Keluarga Angkat yang diadakan selama dua hari, satu malam di Taman Bahagia, di sini.

Program berkenaan bukan sahaja mendapat kerjasama daripada penduduk di taman terbabit malah turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan pelajar terbabit sendiri.

Ketua UMNO Cawangan Taman Bahagia, Aduman Md Jelas, 41, berkata, program terbabit merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk merapatkan hubungan antara pelajar politeknik berkenaan yang dipilih daripada kalangan bukan anak Melaka dengan penduduk di taman ini.

Menurutnya, program seumpama itu dapat membantu peserta memperoleh pendedahan mengenai cara hidup masyarakat desa di Negeri Melaka.

“Jika sebelum ini mereka tidak pernah menjejakkan kaki di mana-mana kampung di Melaka, ini adalah peluang keemasan kepada mereka untuk mendekatkan diri selain berpeluang mempelajari cara hidup dan budaya masyarakat Melaka.

“Pendedahan seperti ini diharap berupaya memberi sebuah pengalaman baru kepada semua peserta yang terlibat,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pelajar dapat saling bertukar-tukar pandangan dengan ahli keluarga angkat masing-masing selain memberi tunjuk ajar yang baik kepada keluarga angkat mereka.

“Diharap penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk menerusi pelbagai acara yang diadakan sepanjang program ini berlangsung,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penyerahan pelajar kepada keluarga angkat di Balai Raya Taman Bahagia, semalam.

Hadir sama Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bahagian, Abd Dolah Hitam, Ketua Pemuda Taman Bahagia, Burhan Ibrahim, Pengarah Sahabat Belia, Mohd Nizam Omar serta pensyarah pengiring, Harman Hasan dan Arman Said.

Kira-kira 15 keluarga yang terdiri daripada penduduk Taman Bahagia mengambil bahagian dalam Program Keluarga Angkat anjuran Persatuan Penduduk dan Kebajikan Taman Bahagia dan Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program berkenaan berlangsung, termasuk ceramah agama di Madarasah Baitul Rahman, senamrobik dan gotong-royong, sukaneka dan santai keluarga perpaduan.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-56046739838953310482009-03-18T10:40:00.000+08:002009-03-18T10:41:53.029+08:00UMNO Melaka terkejut, kecewaSeluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Mereka menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin tidak adil dan berat sebelah sehingga menutup peluang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Mereka turut mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin hanya memberi amaran kepada Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sedangkan Ahli Parlimen Rembau itu turut melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu amat mengejutkan dan mengecewakan penyokong-penyokong Mohd. Ali bukan sahaja di Melaka tetapi juga di beberapa negeri lain.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti sepatutnya merujuk terlebih dahulu keputusan yang hendak dibuat kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum membuat pengumuman.
''Hukuman itu sepatutnya mengambil kira kepentingan politik kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi serta menjejaskan keyakinan ahli pada parti.

''Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan turut mempersoalkan perkara yang sama dan melihat keputusan itu sebagai tidak adil.

''Adakah wujud ketelusan pada Lembaga Disiplin UMNO? Adakah benar siasatan telus dan jujur dilakukan ke atas Mohd. Ali dengan tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu?
''Kenapa hanya di saat-saat akhir sebelum pemilihan parti barulah pihak Lembaga Disiplin hendak buat keputusan? Saya benar-benar terkilan dengan keputusan ini," katanya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan juga mempertikaikan keputusan tersebut yang disifatkan berat sebelah.

''Ada pihak melakukan kesalahan yang sama tetapi sekadar diberikan amaran tetapi bagi Mohd. Ali pula beliau dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden," katanya.

Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan.

''Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini," katanya lagiUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-80896894397440963872009-03-06T11:58:00.002+08:002009-03-06T12:25:31.813+08:00Gembleng usaha jadikan Jasin destinasi pelancongan Bagi mendokong Melaka Maju pada 2010, wawasan pembangunan Daerah Jasin adalah untuk menjadikan Jasin sebagai sebuah Daerah Lestari, Bandar Bestari pada 2020. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, matlamat pembangunannya pula adalah membangunkan Daerah Jasin menerusi pembangunan fizikal, pengukuhan ekonomi dan perkembangan sosial yang mampan serta meningkatkan inovasi daerah.

“Berdasarkan aset dan kekuatan yang ada di daerah ini, ianya boleh dimanfaatkan untuk memastikan Jasin Maju pada masa hadapan.

“Dengan mempertahankan sumber semula jadi seperti kawasan tadahan air, rizab hutan, lembangan sungai, pantai dan kawasan berbukit, daerah ini wajar dibangunkan berdasarkan kelestariannya bukan sahaja untuk kemampanannya bagi diwarisi oleh generasi akan datang malahan ia dapat membangunkan dan memberi keuntungan kepada daerah ini sebagai daerah pelancongan,” katanya.

Menurutnya, usaha ini digembleng bagi menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan eko, pelancongan agro serta menyediakan infra dan info-struktur bagi tujuan tersebut.

Justeru, katanya, berdasarkan ketiga-tiga kekuatan iaitu kelestarian, pelancongan dan aktiviti pertanian, maka pembangunan daerah ini perlu dimantapkan sebagai daerah ilmu dengan menyediakan koridor ilmu sebagai tapak institusi pengajian tinggi, pusat akademik dan penyelidikan bagi kerajaan dan persekutuan atau antarabangsa.

“Cadangan penubuhan institusi dan universiti yang menjadi tempat rujukan dan penyelidikan seperti universiti pertanian, ianya akan membawa masuk modal insan untuk memberi fokus kepada daerah yang terurus dan beridentiti sendiri serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

“Dan bagi mencapai wawasan dan matlamat serta empat teras pembangunan daerah ini, lapan strategi pembangunan telah digariskan, antaranya ialah menjana pertumbuhan ekonomi daerah dari segi pelancongan, eko pelancongan serta sejarah dan warisan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Majlis Perbandaran Jasin dan Pelancaran Publisiti Draf Rancangan Tempatan (RTD) Daerah Jasin di Dewan Alamanda, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Latiff Tamby Chik.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Fadzil Mohd Khir dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin. Hadir sama, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka, Mohd Zaki Ibrahim, serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parlimen Jasin.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-8009393429771063252009-03-03T13:24:00.002+08:002009-03-03T13:27:47.149+08:00UMNO Jasin serah sumbangan RM5,283.55
Di atas sifat prihatin terhadap derita yang ditanggung rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Biro Antarabangsa Pergerakan UMNO Bahagian Jasin, kelmarin telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma di seluruh cawangan UMNO dalam Parlimen Jasin untuk disalurkan kepada rakyat negara yang menjadi mangsa Israel itu.

Pengerusi Biro Antarabangsa, Ahmad Baharudin berkata, pihaknya berasa bertanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin menghadapi kesengsaraan akibat regim zionis itu, sekali gus mengambil keputusan melancarkan tabung berkenaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai mewakili seluruh penduduk di Daerah Jasin bagi menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang teraniaya dan dizalimi.

“Diharap sumbangan yang kita sampaikan ini dapat membantu meringankan bebanan rakyat Palestin yang telah banyak menderita akibat pencerobohan yang berlaku.

“Dan semoga dunia pada ketika ini dapat turut bersama-sama membantu, bukan sahaja dengan menyatakan rasa benci terhadap rejim Zionis, sebaliknya turut berusaha menjaga keamanan supaya tidak digugat oleh golongan yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Gaza dan Pertahankan ISA di Kompleks Japerun Rim.

Pada majlis sama, Ahmad menerima RM5,283.55 hasil kutipan derma yang dilakukan Jawatankuasa Biro Antarabangsa itu.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jasin, Datuk Md Said Md Yusof; Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan; Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian, Zaleha Bujang, Ketua Pemuda UMNO bahagian, Zaidi Atan dan ADUN kawasan Rim, Mohd Yazed Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jika boleh kita mahu kerajaan terus menggunakan akta ini bagi memastikan keselamatan negara terpelihara,” katanya.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-5890229179793643282009-03-02T10:01:00.001+08:002009-03-02T10:04:08.166+08:00375 Keluarga Miskin Tegar Terima Bantuan PPKBKira-kira 375 keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar daerah Jasin, menerima bantuan sejumlah RM798, 644 yang diagihkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 sehingga 2008.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Murad Husin berkata, bantuan PPKB sebagai memberi kesedaran kepada penerima bantuan supaya dapat mengubah nasib mereka.Justeru, beliau berharap, agar bantuan PPKB ini dapat diteruskan supaya golongan yang memerlukan bantuan seumpama ini akan terus diberi perhatian.

"Berikutan itu, satu program motivasi program pembasmian kemiskinan bandar sedang berlangsung di Hotel Seri Impian, di mana seramai 100 penerima PPKB daerah itu dipilih mengikuti program ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Lawatan ke Rumah Keluarga Miskin di kawasan bandar di Dewan Alamanda, di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Setiusaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit; Pegawai Daerah, Halim Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Latiff Tamby Chik.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah; Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata, lawatan program ini bertujuan mendedahkan keluarga miskin kepada saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan, selain menyedarkan mereka agar tidak menyisihkan diri dari arus pembangunan.

Katanya, melalui program ini juga, ia memberi pendedahan kepada kementerian dan agensi yang terbabit dalam menentukan bantuan yang sesuai yang boleh disalurkan kepada golongan sasar.

“Selain itu, pertemuan ini boleh disalurkan kepada pegawai-pegawai Kerajaan, pemimpin tempatan serta penduduk setempat dalam kita menjalinkan hubungan silaturrahim dan berpeluang mewujudkan kerjasama,” kata Ahmad.

Ahmad turut menyeru semua ketua isi rumah golongan miskin tegar di bawah kelolaaan MPJ yang sedang mengikuti program motivasi ini agar dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin.Kata Ahmad, program motivasi ini turut memperuntukkan sesi taklimat dan penjelasan mengenai kemahiran yang boleh diperolehi dengan peluang-peluang pekerjaan dan bantuan modal yang disediakan Kerajaan.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-13071927619457731392009-02-19T09:31:00.000+08:002009-02-19T09:33:13.202+08:00Nasib Zainab sekeluarga terus dibelaKisah ibu tunggal yang lumpuh separuh badan dan perlu menyara tiga anaknya termasuk seorang cacat sejak lahir, terus mendapat perhatian pelbagai pihak sejak berita mengenainya disiarkan Utusan Malaysia Isnin lepas.

Jika sebelum ini, kepayahan yang dialami Zainab Haron, 62, tidak dipedulikan tetapi sejak berita mengenainya disiarkan dia kini merasakan hidupnya kembali bersinar untuk memulakan kehidupan baru.

Dalam linangan air mata, hanya ungkapan terima kasih berulang kali diucapkan Zainab sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak.

''Terima kasih. Terima kasih. Mak cik akan ingat wajah awak semua sampai bila-bila,'' katanya ringkas.

Tiada ungkapan yang mampu diluah oleh Zainab sebaliknya air mata berlinangan mengalir sewaktu dia menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Pembela Barisan Nasional negeri di rumahnya di Permatang Pasir di sini hari ini.

Bukan hanya kunjungan biasa tetapi sebaliknya ketiga-tiga agensi kerajaan negeri itu turut menyumbangkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan kesusahan hidup yang dialami oleh Zainab.

Sebelum ini kehidupan Zainab dan anak-anaknya hanya bergantung kepada bantuan RM190 yang diberikan oleh JKM kepada anak sulungnya yang cacat, Za'azman Haris, selain anak keduanya, Zazali yang bekerja kilang dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Pendapatan Zazali bagaimanapun berkurangan beberapa bulan kebelakangan ini apabila kilang tempatnya bekerja mengurangkan hari bekerja ekoran kemerosotan pengeluaran.

Kisah Zainab turut mendapat simpati Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kemudian mengarahkan agensi kerajaan negeri menghulurkan bantuan segera.

Pengarah JKM Negeri, Roslan Baba berkata, pihaknya sudah pun meluluskan bantuan penjaga OKU kepada Zainab untuk kos jagaan Za'azman berjumlah RM300 sebulan mulai bulan ini.
''Malah Za'azman yang cacat sejak lahir juga akan diberikan bantuan bulanan berjumlah RM150 mulai Mac depan.

''Saya harap, dengan bantuan bulanan yang diberikan JKM sebanyak RM450 ini, ia akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga ini," katanya.

Hadir sama Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Mohd. Khabir Abdul Karim dan Pembela Barisan Nasional (BN), Amir Hamzah Aziz.

Sementara itu, Maim turut menghulurkan bantuan am berjumlah RM500, barang keperluan makanan berjumlah RM200 dan tongkat bagi keperluan Zainab sumbangan Badan Sukarelawan At-Taqwa, Maim.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-79336623052445724432009-02-11T11:45:00.002+08:002009-02-11T11:53:11.983+08:00RM75,000 diperuntuk bina batu sangkarJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jasin bakal membina batu sangkar (gabion) di sekitar kawasan tebing Sungai Kesang yang telah terhakis sejak beberapa bulan lalu.

Penolong Jurutera JPS Daerah, Mohd Samsurry Sudin berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM75,000 untuk membina batu sangkar di kawasan tebing sungai yang kian terhakis.

“Kerja-kerja membina batu sangkar terbabit akan mula dibina dalam masa terdekat ini dan dijangkakan kerja-kerja itu akan selesai pada akhir Mac ini.

tg “Batu sangkar ini dibina bagi mengelakkan daripada hakisan yang berlaku di sepanjang sungai ini bertambah teruk,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Zainal Kadir ketika dihubungi berkata, pihaknya selaku mewakili penduduk di Kampung Kesang Barat bersyukur dengan pembinaan batu sangkar.

“Kita sangat berterima kasih di atas bantuan dan kerja membina batu sangkar itu kerana selama ini, penduduk kampung terutama lima keluarga yang tinggal di tepi sungai itu sering bimbang kerana terpaksa tinggal di dalam situasi yang berbahaya.

“Penduduk berasa bimbang terutama apabila tiba musim tengkujuh kerana kedudukan rumah dilihat semakin hampir dengan tebing sungai itu,” katanya. Beliau tidak lagi mahu kejadian banjir yang pernah berlaku di kampung itu pada 2006 lalu berulang kembali.

“Kira-kira 13 buah rumah penduduk kampung dinaiki air dan kejadian itu disifatkan sebagai kejadian banjir yang terburuk yang pernah berlaku di kampung ini,” katanya.

Sinar Harian pada 6 November tahun lalu menyiarkan keadaan penduduk yang bimbang disebabkan terpaksa tinggal di dalam keadaan bahaya memandangkan tanah yang terhakis di tepi sungai itu semakin teruk.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-56980458003205980472009-02-10T16:48:00.001+08:002009-02-10T16:51:01.659+08:0011 dilantik sebagai penasihatSeramai 11 tokoh tempatan, pegawai kanan kerajaan dan usahawan terkenal telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jasin, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Imran Idris berkata, jawatankuasa penasihat berkenaan ditubuhkan untuk membantu kelancaran dan keberkesanan program-program anjuran Kolej Komuniti.

“Jawatankuasa ini sangat penting sebagai satu daripada saluran komunikasi antara masyarakat setempat dengan pihak kolej komuniti.

“Diharap semua yang dilantik dapat mencurah idea, berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama warga Kolej Komuniti Jasin dalam membudayakan ilmu pengetahuan demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jasin.

Watikah pelantikan telah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ir Idris Haron, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Parlimen Jasin serta pemimpin tempatan.

Beliau turut menyarankan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Jasin agar sentiasa berfikiran positif dan berusaha memperbaiki kualiti diri seiring dengan keperluan organisasi.

“Kita mahu semua warga kolej bekerja secara lebih profesional dan bersungguh-sungguh menjadikan bidang pendidik sebagai satu bidang kerjaya yang memberi makna dan manfaat yang besar untuk kesejahteraan masyarakat yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada mereka,” katanya.

Katanya, Kolej Komuniti Jasin mula ditubuhkan pada tahun 2003 dengan menumpang sementara di Sekolah Menengah Teknik Jasin, dan pada peringkat awalnya sekumpulan kecil pelajar perintis telah diambil di bawah Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan).

“Kemudian pada 1 Februari 2005, kolej ini berpindah di sini dan sekarang ia sedang berkembang pesat daripada segi pertambahan pelajar dan kemudahan fizikal dan pembelajaran,” katanya.

Antara tokoh yang menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jasin semalam adalah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis.

Sementara pegawai kerajaan yang dilantik pula terdiri daripada Pegawai Daerah Jasin, Halim Ahmad; Pegawai Pelajaran Daerah, Yusof Ahmad; Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali dan Pengetua Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Abu Bakar Alim.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-34638498324127026592009-02-03T15:35:00.000+08:002009-02-03T15:37:32.862+08:00Mangsa kebakaran terima bantuanSeorang ibu tunggal bersama dua anaknya yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Batu 19, Jalan Chinchin, hangus dalam kebakaran Rabu lalu, mendapat perhatian Pembela Barisan Nasional (BN) negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ketua Penyelia Pembela BN negeri, Amir Hamzah berkata, pihaknya berusaha membantu mangsa disebabkan dia hanya tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu. “Justeru, kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) menyumbangkan kelengkapan sekolah seperti pakaian, kasut dan beg sekolah bagi anak mangsa yang bersekolah di sekolah rendah.

“Sumbangan daripada Tapem kepada anak bongsu mangsa, Muammar Alwali yang kini berada di Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Air Barok, adalah bagi membolehkan dia dapat terus ke sekolah memandangkan dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) penghujung tahun ini,” katanya sewaktu menyampaikan bantuan terbabit kepada keluarga mangsa di rumahnya.

Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Mohd Khabir Abdul Karim dan Pegawai dari Tapem, Diana Mohd Yusuf. Katanya, seorang lagi anak mangsa, Muammar Gadafi, pelajar Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Dato’ Bendahara, Air Barok, turut menerima bantuan kelengkapan sekolah yang sama dari MAIM.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Noraini Husin, 47, berkata, dia sekeluarga amat berterima kasih di atas bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan negeri itu. “Tiada apa yang boleh dikatakan selain terima kasih di atas keprihatinan yang dihulurkan oleh pihak yang tampil menghulurkan bantuan,” katanya.

Bagi kedua-dua anak mangsa yang menerima peralatan sekolah, mereka berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh pada peperiksaan yang bakal dihadapi dan menjadikan kejadian ini sebagai cabaran untuk mereka meneruskan persekolahan.

Menurut Muammar Gadafi, dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan ingin membantu ibunya membesarkan adiknya yang masih berada di sekolah rendah. Lewat petang Rabu lalu, rumah yang disewa mangsa hangus terbakar disebabkan lintas pintas dari bilik tengah.

Mangsa yang ketika itu sedang mandi segera keluar dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang kecuali kereta miliknya atas bantuan daripada orang ramai pada ketika itu. Sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Turut menyampaikan bantuan keperluan makanan asas ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama, Ghazale Muhamad dan Ketua Unit Sukarelawan Al-Taqwa MAIM, Md Dino Md Delan.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-16687637636622740902009-02-03T15:16:00.000+08:002009-02-03T15:17:39.508+08:00Pemuda UMNO Jasin anjur program kemasyarakatanBiro Latihan Pemuda UMNO Jasin akan menganjurkan beberapa siri program masyarakat di daerah Jasin dalam usaha memantapkan lagi peranan pertubuhan itu pada masa depan.

Pengerusi Biro Latihan Pemuda UMNO Jasin, Shahrul Azwar Abd Aziz berkata, pihaknya sudah mengenal pasti program yang bersesuaian dengan rancangan tersebut dengan tumpuan kerja digerakkan oleh semua pemimpin Pemuda setiap cawangan.

Antara kegiatan itu, katanya, termasuk beberapa siri latihan dan kursus kepimpinan, seminar dan sesi ceramah.

''Kita juga merancang untuk berkunjung ke rumah tokoh veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa di Jasin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai peranan Pemuda UMNO dalam konteks sekarang," katanya di sini semalam.

Menurut Shahrul Azwar, sebelum ini, ahli jawatankuasa Biro Latihan Pemuda UMNO Jasin pernah melakukan kunjung hormat ke atas Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh baru-baru ini.

''Melalui pertemuan itu, banyak pandangan dan harapan yang diberikan oleh Naib Presiden terhadap semua Pemuda UMNO di seluruh negara dan meminta pihak kita memainkan peranan dalam memberi kesedaran pentingnya memelihara kedaulatan negara dan membela nasib orang-orang Melayu," katanya.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-2890883493250371292009-01-09T17:00:00.000+08:002009-01-09T17:01:58.075+08:00Biro Latihan Pemuda Jasin Kenal Pasti Aktiviti Untuk Pemimpin Pemuda CawanganBiro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Jasin akan menggerakkan beberapa siri aktiviti bagi memastikan pergerakan itu terus mantap dalam membantu UMNO Bahagian berkenaan.

Pengerusi Biro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Shahrul Azwar Abd Aziz berkata, untuk itu, jawatankuasa biro terbabit telah mengenal pasti beberapa aktiviti khususnya kepada pemimpin Pemuda di peringkat cawangan.Menurutnya, ini termasuklah mengadakan beberapa siri latihan dan kursus untuk pemimpin khususnya ketua-ketua dan setiausaha Pemuda UMNO di peringkat cawangan serta seminar dan sesi ceramah.

“Di samping itu, biro latihan juga akan mengadakan kunjung hormat terhadap veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai peranan Pemuda UMNO dalam konteks masa kini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas mengadakan mesyuarat Biro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Jasin di Pejabat UMNO Bahagian Jasin, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan watikah perlantikan ahli jawatankuasa biro terbabit kepada seramai 15 orang terdiri ahli Pemuda UMNO dari seluruh Bahagian Jasin.Menurut Shahrul Azwar, sebelum ini, ahli jawatankuasa Biro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Jasin telah mengadakan kunjung hormat di kediaman Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.

“Melalui kunjung hormat itu, banyak pandangan dan harapan yang diberikan oleh Naib Presiden terhadap semua ahli pemuda UMNO di negara ini supaya terus memainkan peranan dalam memberi kesedaran pentingnya memelihara kedaulatan negara dan membela nasib orang-orang Melayu,” katanya.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-47896528548776659742009-01-05T09:40:00.000+08:002009-01-05T09:42:47.308+08:0072 pelajar sertai bengkel PetanqueSeramai 72 pelajar menyertai bengkel dan Pertandingan Petanque peringkat Daerah Jasin 2008 yang dianjurkan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Jasin dengan kerjasama daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Maju, di sini.

Setiusaha KRT taman tersebut, Mokhtar Md Jadi berkata, bengkel yang julung kali diadakan itu adalah untuk memperkenalkan sukan berkenaan kepada generasi muda terutama di kalangan remaja di dalam daerah ini.

“Ia juga adalah sebagai langkah untuk mengisi masa lapang mereka, walaupun musim cuti persekolahan hampir tamat, " katanya. Selain itu, secara tidak langsung menerusi program berkenaan dapat mengelakkan remaja terlibat dalam perkara yang tidak diingini.

“Program ini dinamakan Jiran Muda yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dengan memberi peluang mereka mengisi masa yang ada dengan perkara yang berfaedah,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain bengkel dan pertandingan sukan tersebut diadakan, KRT taman berkenaan juga aktif dalam mengadakan pelbagai program untuk setiap peringkat usia.

“Sebagai contoh setiap malam Jumaat dan Sabtu, kita menganjurkan latihan Silat Sendeng di kawasan lapang hadapan bangunan KRT ini, manakala pada setiap Selasa dan Jumaat petang pula kita anjurkan pertandingan sukan Petanque dan pada sebelah malam pula kita adakan kelas tambahan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),” katanya.

Katanya, memandangkan sambutan yang diterima daripada peserta menggalakkan, jabatan tersebut akan mengadakan program seumpama ini sebagai acara tahunan terutama pada musim cuti persekolahan.

“Ia bukan sahaja sesuai untuk remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang berminat juga boleh turut serta dalam menyertai acara sebegini,” katanya.

Untuk itu, pada masa akan datang pihaknya mengalu-alukan penyertaan pelajar untuk program tersebut.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-65120961761468488902008-12-22T09:37:00.002+08:002008-12-22T09:52:34.863+08:00Dua Warga Emas Terima Anugrah Warga Emas Paling TuaAhli persatuan Pesara Kerajaan (PPKM) P.Manamanee,86 telah di anugarhkan sebgai Warga Emas Paling Tua bagi ketegori wanita, baru-baru ini.

Anugarah tersebut telah disampaikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah pada majlis sambutan Hari Warga Emas Negeri Melaka yang di adakan di sebuah hotel di sini.

"Saya berasa sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai penerima anugrah tersebut memandangkan ramai lagi warga emas yang saya rasakan lebih tua dari saya hadir pada majlis ini.

"Walau bagaimanapun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PPKM di atas anugrah yang di berikan ini,"katanya.

Ibu kepada 14 orang anak dan mempunyai 20 orang cucu ini kelihatan sungguh cantik berkebaya walaupun usianya sudah melebihi setengah abad. Beliau kini menetap bersama-sama anak-anaknya di Taman Maju.

Sementara itu, Kidam Samin,86 pula merupakan penerima anugrah Warga Emas Paling Tua bagi ketegori Lelaki.

Pada majlis tersebut, kedua-dua penerima anugrah itu menerima hadiah berupa hamper dan canderahati dari PPKM.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-52085764761913394712008-12-19T11:33:00.002+08:002008-12-19T12:05:37.376+08:00Ahli PPKM Terima 10 Kerusi Roda & TongkatAhli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Jasin yang baru di lancarkan April lalu menerima bantuan sebanyak 10 kerusi roda dan tongkat.

Peralatan tersebut adalah sumbangan dari Badan sukarela Al- Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) untuk di sampaikan kepada ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah di sebuah hotel, di sini.

Menurut Pengerusi PPKM Cawangan Jasin, Abu Bakar Mahadi, pihaknya kini sedang merancang pelbagai aktiviti untuk para ahli mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Putrajaya dan pelbagai aktiviti lain.

"Ini bagi memastikan semua ahli PPKM mendapat manfaat, selain berpeluang berkenal-kenalan dengan rakan-rakan lama kita.

"Dengan ini, kehidupan warga emas akan merasa lega jika kita dapat manfaatkan peluang serta masa yang ada dengan sebaik mungkin," katanya di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Negeri Melaka.

Hadir sama, Yang Di- Pertua PPKM Negeri Melaka, Mohd Isa Baba; Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazalee Muhamad serta Pegawai Daerah, Halim Ahmad.

Pada sambutan itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh kakitangan Hospital Pakar Putra(HPP), pemeriksaan mata, ceramah kesihatan warga emas, cabutan nama bertuah serta jamuan makan.

"Setakat ini, jumlah bilangan ahli PPKM Cawangan Jasin kira-kira 70 orang dan di jangka jumlah ini akan terus bertambah dari masa kesemasa''Ujarnya.

Dengan menyertai PPKM, pesara kini boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dianjurkan bersama rakan-rakan lain, di samping mengeratkan silaturrahim yang sememangnya sudah terjalin di antara merekaUnknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-69853330321926252042008-12-10T11:03:00.003+08:002008-12-10T12:01:08.988+08:0020 Keluarga Kampung Tedong Pekan sambut Aidiladha Dalam Keadaan BanjirHujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa kampung di sekitar Jasin, di sini dinaiki air.

Ini termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, melibatkan kira-kira 20 buah keluarga yang tinggal di kampung Tedong Pekan, terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan banjir apabila rumah mereka dimasuki air seawal 6 pagi.

Penghulu DUN Serkam, Zakaria abu Bakar berkata, banjir kilat hari ini melibatkan kira-kira 100 penduduk dari 20 buah rumah, di mana hujan lebat di kawsan tanah rendah di kampung ini berlaku sejak awal pagi .

"Air mulai surut jam 11.15 pagi tadi dan pelbagai agensi Kerajaan seperti kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM), Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) serta pasukan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin turut hadir membantu menyelamatkan mangsa banjir.

"Wakil-wakil agensi Kerajaan ini turut mengadakan kerja-kerja pembesihan seperti membersihkan longkang-longkang, tali air dan parit yang tersumbat supaya air hujan dapat mengalir terus ke sungai berhampiran,"katanya.

Katanya, selain melakukan kerja-kerja pembesihan di kawasan lain dalam daerah ini untuk melakukan kerja-kerja pembesihan di kawsan itu yang turut dinaiki air.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah pula berkata, beliau turut berasa bimbang melihatkan keadaan mangsa banjir kilat di kawasan ini.

"Kita bimbang jika belaku air pasang, maka keadaan akan menjadi bertambanh teruk dan mereka semua terpaksa beraya dalam keadaan banjir,"katanya ketika mengadakan lawatan ke kampung tersebut.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam; Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Azman Abdullah serta beberapa wakil jabatan Kerajaan.

Selain Kampung Tedong, Ahmad juga sempat meninjau ke beberapa lokasi lain yang dinaiki air, antaranya Kampung Pulai dan Kampung Tedong Pantai.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Daerah, Halim Ahmad ketika di hubungi memberitahu, setakat jam3 petang ini, tiada sebarang aktiviti pemindahan mangsa banjir dilakukan.

"Selain DUN Serkam, terdapat dua lagi kampung di DUN RIM iaitu Kampung Sempang Kerayong dan kampung Chabau turut dinaiki air dengan ketinggian satu sehingga 1.5 meter.

"Di Kampung Sempang Kerayong melibatkan lima buah keluarga, manakala di Kampung Chabau pula juga melibatkan lima buah keluarga.

"Walaubagaimanapun, air mulai suraut dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengahari tadi,"katanya.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-42210441654935336082008-12-10T10:35:00.002+08:002008-12-10T11:00:28.739+08:00RM 114 Juta Laksana Projek Bekalan Air Negeri Melaka-KTAKKementerian Tenaga, air dan Komunikasi (KTAK) telah meluluskan sejumlah RM144 juta meliputi pelaksanaan sembilan projek bekalan air di negeri ini.

Menurut menterinya, Datuk Shaziman abu Mansor, daripada jum;ah itu, sebanyak empat projek telah siap iaitu Empangan Jus, membaik pulih loji rawatan air negeri Melaka dan projek penyaluran air mentah dari sungai Muar ke Durian Tunggal.

Manakala Projek yang selebihnya masih di peringkat penyediaan, reka bentuk dan kementerian akan memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan rakyat negeri melaka.

"Disamping itu, pihak kementerian turut memberi tumpuan kepada program meningkatkan kualiti bekalan air kepada pengguna menerusi projek penukaran paip yang lama dan usang di seluruh negara.

"Bagi negeri Melaka, hari ini sepanjang 180 Kilometer paip telah ditukarkan untuk mengikatkan kualiti bekalan air,"katanya di Majlis sehari Bersama Pelanggan KTAK di Sebuah hotel di Jasin.

Katanya, bagi sektor komunikasi, pihak kementerian penggunaan teknologi jalur lebar dalam usaha membudayakan ICT khususnya di kalangan masyarakat bandar.

"Stasistik sehingga JUN 2008 menunjukkan kadar penebusan jalur lebar di negeri Melaka adalah sebanyak 18 Peratus iaitu melepasi kadar penembusan nasional pada masa kini sebanyak 17 peratus.

"Pencampaian ini menunjukkan negeri Melaka merupakan empat negeri teratas yang mencatatkan kadar penembusan jalur lebar tertinggi di Malaysia dan pencampaian ini merupakan tanda Melaka sedang menuju menjadi sebuah negeri maju,"katanya.

Tambahannya, Melaka juga telah dipilih sebagai projek perintis untuk pelaksanaan satu mukim telecntre oleh Unit Perancangan Ekonomi.

Sehingga Disember 2007, Melaka telah mempunyai sebanyak 80 telecenter iaitu 35 Alor Gajah, 27 di Jasin dan 18 di Melaka Tengah dan 33 telecenter lagi akan di bina pada tahun ini.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-89213357436618613732008-12-10T09:55:00.002+08:002008-12-10T10:34:39.320+08:00113 Golongan Kurang Mampu Di Tehel Terima Daging KorbanKira-kira 113 masyarakat yang kurang berkemampuan di kawasan Tehel meliputi kawasan Tehel Tengah, Tehel Ulu dan Paya Kundang menerima daging korban yang dilakukan UMNO Bahagian Jasin di sini.

Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Bemban, Zainal Kadir memberitahu, UMNO Bahagian Jasin ini berjaya mengorbankan tiga ekor lembu untuk di berikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

"Tujuan kita pada hari ini adalah mahu berkongsi bersama-sama dengan masyarakat yang kurang berkemampuan di kampung ini merasai nikmat yang telah dikurnaiakan Allah S.W.T.

"Walaupun hujan turun dengan lebat sejak malam semalam, namun sokongan yang di berikan oleh semua jawatankuasa UMNO BahagianJasin dan Cawangtan di sini, amat memberangsangkan.

"Lebih 30 ahli serta jawatankuasa UMNO Bahagian dan Cawangan hadir membantu dalam majlis korban yang dilakukan pada hari ini"katanya ketika di temui hari ini.

Katanya, daging yang telah dibahagi-bahagiakan itu telah disampaikan oleh Ketua UMNO bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda bahagian, Azman Abdullah; Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian, Halil Abdullah serta Pengerusi Biro Antarabangsa UMNO Bahagian, Ahmad Baharudin.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Tehel, Rahim Selamat memberitahu,pihaknya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan yang di berikan oleh UMNO Bahagian.

"Sebelum ini, UMNO mengadakan korban di kawasan DUN lain dan pada tahun ini, kami berbesar hati apabila menerima kunjungan UMNO Bahagian untuk mengadakan majlis korban di DUN ini.

"Di samping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli Bahagian dan cawangan, kita juga berpeluang membantu masyarakat susah yang sebelum ini tidak dapat merasai daging korban,"katanya.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-73691050098926569722008-12-10T09:18:00.000+08:002008-12-10T09:20:49.161+08:00160 Belia Rentas Denai Dan Hutan Sepanjang 2.5 KilometerLebih 160 belia-belia awam berumur antara 18 hingga 25 tahun terdiri pelbagai kaum dan agama menyertai program Jungle Treking di Asahan, di sini, hari ini.

Cabaran itu bermula apabila belia-belia merentas hutan dan denai sepanjang 2.5 kilometer dan berakhir di air terjun Asahan.

Pengarah Sahabat Belia, Mohd Nizam Omar berkata, program anjuran Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Negeri itu merupakan usaha merapatkan hubungan antara kaum dan agama, selain menjalinkan perpaduan yang lebih erat.

Menurutnya, program yang dilaksanakan juga membuka peluang kepada para pelajar dan siswa-siswi mencungkil bakat semulajadi untuk dimanfaatkan.

"Dengan adanya program ini, ianya dapat membina semangat jati diri dan menanam sifat keberanian belia menghadapi cabaran yang mendatang ,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Penyelaras program, Zaini Muhamad berkata, program yang dilaksanakan itu adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar, siswa dan belia mengenai pelbagai perkara terutama mempromosi pelancongan negeri ini.

Menurutnya, program ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan belia dan pelajar IPT dan dengan adanya program ini, matlamat untuk mengelakkan budaya lepak dan memberi kesedaran kepada belia akan tercapai.

"Dengan bakat yang dikurniakan, diharap negeri Melaka akan menjadi sebuah negeri yang mempunyai golongan belia yang sihat, aktif dan berdaya maju," katanya lagi.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-8638463577521785182008-12-05T09:34:00.000+08:002008-12-05T09:36:36.624+08:00RM4.5 juta lengkapkan kemudahan asas pelajarSejumlah RM4.5 juta di bawah Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem) dibelanjakan bagi membeli pakaian sekolah sebagai bantuan keperluan asas kepada pelajar miskin di seluruh negeri sejak tahun 2000 lalu.

Pengurus Besar Tapem, Abu Bakar Abdul berkata, usaha itu selaras dengan konsep warga penyayang yang ditekankan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bagi memastikan keperluan asas golongan tersebut sentiasa dipenuhi dari semasa ke semasa.

Menurutnya, sesuai dengan hasrat itu, pihaknya akan memastikan kewujudan Tapem mampu memenuhi keperluan tersebut, sekali gus membantu golongan sasaran menaikan taraf hidup keluarga mereka ke peringkat lebih baik.

''Kita juga telah merangka pelbagai program bagi membasmi kemiskinan hingga ke tahap sifar seperti yang diharapkan oleh kerajaan negeri menjelang Melaka Maju pada tahun 2010 kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada program perasmian dan pelancaran Bantuan Murid Sekolah Rendah di sini hari ini.

Katanya, Tapem ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri dalam melengkapkan keperluan pendidikan pelajar sama ada di peringkat rendah atau pusat pengajian tempatan dan swasta.

Ujarnya, bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional dan intelektual di negeri ini, pihaknya telah menaja 7,510 pelajar bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang pendidikan.

''Bagi program kritikal seperti jurusan perubatan, kita telah menaja 61 pelajar untuk mengikuti program Ijazah Perubatan di Indonesia, Asia Barat, Ukraine dan Rusia.

''Sebahagian daripada mereka dijangka pulang ke tanah air dan berkhidmat untuk kerajaan negeri pada tahun 2010," katanya.

Beliau berkata, hanya melalui peningkatan tahap pendidikan akan mampu mengubah status kemiskinan hidup seseorang pelajar itu.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-14290788968214180622008-11-24T10:12:00.000+08:002008-11-24T10:13:51.235+08:00Papan Tanda Jalan Pelbagai BahasaLangkah Kerajaan Pulau Pinang yang meneruskan pemasangan papan tanda jalan pelbagai bahasa membuktikan pemimpin negeri itu menggunakan pendekatan perkauman, selain mahu meraih publisiti murahan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolah-olah terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat pelbagai kaum di negeri berkenaan.Katanya, ia juga turut mahu menunjukkan bahawa beliau seorang yang sentiasa bersikap perkauman dalam melaksanakan sesuatu perubahan dan pembangunan.

“Saya fikir ini pendekatan kurang elok kerana ia akan menimbulkan semangat perkauman di negara ini dan beliau sepatutnya mencari jalan supaya suasana harmoni sentiasa wujud di Malaysia.

“Papan tanda pelbagai bahasa seperti yang dipasang di Pulau Pinang ketika ini menunjukkan pandangan tidak elok dalam negara kita. Ini sudah tentu tidak dapat menyatupadukan suasana harmoni yang amat diperlukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Bersama Pelanggan anjuran Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) di Dewan Alamanda Jasin, di sini kelmarin. Mohd Ali yang juga Ketua Menteri berkata, ketika beliau berada dalam negeri yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD), apa yang wajar dilakukan ialah menempatkan papan tanda penerangan dalam pelbagai bahasa di lokasi tumpuan pelancong.

Sebagai contoh, katanya, di Makam Hang Tuah di Melaka, terdapat papan tanda penerangan dalam bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris bagi memudahkan pelancong mengenali kawasan berkenaan yang menjadi bahan sejarah berguna sebelum pulang ke negara asal.

“Tapi nama jalan tidak perlu diletakkan pelbagai bahasa kerana pelancong sendiri akan faham papan tanda berbahasa Malaysia. Sebenarnya Guan Eng cuba mencari publisiti dan sokongan berasaskan isu perkauman dan inilah diri beliau sebenarnya,” katanya.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2750323606140009353.post-75413862404033641932008-11-24T10:10:00.000+08:002008-11-24T10:12:09.591+08:00Melaka Dahului Penembusan Jalur Lebar Tertinggi Di MalaysiaMelaka terus mencatat pembangunan yang membanggakan dalam bidang komunikasi apabila menjadi negeri yang mendahului kadar penembusan Jalur Lebar yang tertinggi di negara ini sehingga hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sehingga hari ini, Melaka telah berjaya mencapai kadar penembusan Jalur Lebar sebanyak 23 peratus berbanding dengan jumlah kadar penembusan nasional sebanyak 18 peratus.

“Melaka telah mencapai 23 peratus kadar penembusan Jalur Lebar sehingga hari ini dan saya berharap kita akan dapat mencapai 50 peratus menjelang 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Sehari Bersama Pelanggan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) di Dewan Alamanda, di sini, semalam.Hadir sama Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Menurut Mohd Ali, beliau telah meminta Bahagian K-Ekonomi memantau kadar penembusan Jalur Lebar itu supaya ia akan terus dipertingkatkan sehingga mampu mencapai sasaran kira-kira 50 peratus kadar penembusan Jalur Lebar.

Katanya, Kerajaan juga telah membuka pusat siber di kawasan luar bandar untuk memberi latihan dan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada penduduk terbabit.

“Ini termasuklah penggunaan e-banking dan e-business kerana ia menjadi pengukur kepada penduduk luar bandar yang kita latih menggunakan internet dan ia hanya akan berjaya sekiranya mereka dapat menguasai penggunaan kedua-dua e banking dan e-business ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Ali berkata, Melaka juga menjadi negeri pertama berjaya menyelesaikan isu serta masalah air di negara ini apabila bakal menandatangani perjanjian bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).

“Perjanjian ini akan dilakukan pada Disember ini dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah diminta menguruskan urusan terbabit,” katanya.Unknownnoreply@blogger.com