Tuesday, May 6, 2008

MIYC Jasin usaha pertingkat martabat belia India di Jasin

Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah telah merasmikan Majlis Perasmian Program Anti Dadah anjuran Anti Dadah Kebangsaan Negeri di kompleks kementerian hal ehwal dalam negeri.majlis tersebut mendapat kerjasama Kelab Belia India Malaysia (MIYC) Jasin.
Pada majlis tersebut MIYC Jasin Telah melantik Datuk Wira Hj ahmad bin Hj Hamzah sebagai penaungnya yang baru bagi mengantikan bekas Ahli Parlimen Jasin sebelum ini iaitu Datuk Mohd Said Yusof.beberapa pekara baru turut dibincang semasa majlis berkenaan, antaranya soal peruntukkan kewangan bagi memperkukuhkan kelab terbabit yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, memohon bilik gerakan yang tetap bagi melancarkan aktiviti kelab serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk belia india berkecimpung dalam perkhidmatan kerajaan.
mengenai program dengan AADK yang diadakan selama sehari adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kemahiran kendiri yang menjurus kepada pembinaaan modal insan yang dinamik berpaksi kepada masyarakat madani.