Wednesday, May 7, 2008

Golongan profesional dan 66 Pengerusi JKKK Jasin disaran sertai PEMADAM

Masyarakat termasuk golongan profesional di Daerah Jasin disaran menyertai Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM ) Daerah Jasin bagi membantu kerajaan menangani masalah penyalahgunaan dadah yang berlaku dikawasan mereka.
PEMADAM daerah Jasin juga akan mempegiatkan kempen menambah keahlian dari semasa ke semasa dan ini termasuklah mengadakan kempen dengan kerjasam agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan, peranan dan sumbangan pengerusi JKKK ini adalah penting kerana mereka merupakan pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat khususnya di kawasan kampung masing-masing.

NEGARA BEBAS DADAH

Tuesday, May 6, 2008

MIYC Jasin usaha pertingkat martabat belia India di Jasin

Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah telah merasmikan Majlis Perasmian Program Anti Dadah anjuran Anti Dadah Kebangsaan Negeri di kompleks kementerian hal ehwal dalam negeri.majlis tersebut mendapat kerjasama Kelab Belia India Malaysia (MIYC) Jasin.
Pada majlis tersebut MIYC Jasin Telah melantik Datuk Wira Hj ahmad bin Hj Hamzah sebagai penaungnya yang baru bagi mengantikan bekas Ahli Parlimen Jasin sebelum ini iaitu Datuk Mohd Said Yusof.beberapa pekara baru turut dibincang semasa majlis berkenaan, antaranya soal peruntukkan kewangan bagi memperkukuhkan kelab terbabit yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, memohon bilik gerakan yang tetap bagi melancarkan aktiviti kelab serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk belia india berkecimpung dalam perkhidmatan kerajaan.
mengenai program dengan AADK yang diadakan selama sehari adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kemahiran kendiri yang menjurus kepada pembinaaan modal insan yang dinamik berpaksi kepada masyarakat madani.