Thursday, July 24, 2008

Usaha Menanganinya DiPergiatkan Krisis Moral Dan Akhlak Remaja Makin Parah

Golongan remaja merupakan golongan yang mudah terdedah kepada gelombang perubahan yang berlaku pada masa kini sehingga menyebabkan krisis moral dan keruntuhan akhlak di kalangan mereka menjadi amat kritikal.

"Masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai paparan berkaitan penglibatan remaja dalam gejala sosial dan isu ini saban hari diperdebat serta diperkatakan dalam liputan media massa dan media elektronik," kata Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau menegaskan, dalam jangka panjang, isu ini dikhuatiri boleh memberikan implikasi terhadap kestabilan negara dan mengundang kegagalan dalam melahirkan masyarakat yang produktif, progresif, berdaya maju dan yang masih mengekalkan nilai-nilai murni.

Ahmad yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Melaka berkata demikian di majlis penutup Seminar Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka di sini, petang tadi.

Seminar yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Melaka; Polis Kontijen Melaka dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC 11, Kamal Pasha Jamal; Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPM, Asha'ari Johari; Ketua-Ketua Polis Daerah; Guru-Guru medik dan para Pegawai Kanan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Melaka.

Seramai 429 orang pelajar dan guru-guru medik yang melibatkan 103 buah sekolah rendah dari seluruh negeri ini hadir pada seminar itu.

Jelas Ahmad, kes-kes jenayah yang melibatkan remaja dan pelajar ini menimbulkan spekulasi dan persoalan berkaitan keutuhan benteng disiplin dan jati diri di kalangan generasi pelapis negara.

"Ini kerana generasi remaja adalah menjadi harapan dan merupakan aset kepada negara bagi membentuk hala tuju masyarakat kita nanti selain menjadi kesinambungan dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara yang telah dibina dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang," terangnya.

Untuk itu kata Ahmad, Kelab Pencegahan Jenayah merupakan satu kaedah yang efektif dalam mendidik dan memberikan kesedaran kepada remaja dalam mengekang perkara-perkara yang menjurus kepada pelakuan yang melanggar undang-undang.

"Seminar yang diadakan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam pembentukan sahsiah serta aspek kerohanian yang kental serta dapat menjadi amalan, gaya hidup serta dapat melahirkan generasi remaja yang bermoral, bermaruah dan berdaya saing pada masa hadapan," jelasnya.

Tambahnya, pengisian seminar ini meliputi pengembangan kesedaran diri serta perubahan rehabilitasi sosial remaja dari negatif kepada positif untuk memenuhi partisipasi sosial masyarakat.

Selain itu katanya, seminar ini membantu memberikan kefahaman kepada remaja dan pelajar berkaitan kaedah dan cara yang boleh dilaksanakan dalam usaha mengekang dari terlibat dengan gejala sosial.

JKKK Perlu Pro-aktif Tandangi Masalah Rakyat

Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen Jasin, diminta memainkan peranan mereka dalam mengenal pasti masalah penduduk di kwasan masing- masing.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, sebagai sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi, peranan mereka itu amat penting dalam memastikan penduduk mendapat kehidupan yang lebih baik sejajar dengan perbangunan negara.

Menurut Ahmad, biarpun sehingga kini tiada laporan yang tidak memuaskan mengenai prestasi JKKK di dalam Parlimen Jasin, mereka seharusnya terus meningkatkan mutu perhidmatan kepada penduduk.

"Saya berharap, semua ahli jawatankuasa JKKK di dalam Parlimen Jasin, akan terus melipat -gandakan usaha mereka kearah pembangunan masyarakat tanpa mengira fahaman politik demi kemakmuran kawasan sekitar.

"Jesteru itu, mereka perlulah memastikan segala permasalahan dapat didengari dan mengambil tindakkan dengan memaklumkan di dalam mesyuarat Jawatnkuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN),"katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Penyerahan Peruntukkan Parlimen Jasin berjumlah RM197,00 kepada JKKK di dalam kawasan Parlimen Jasin di sebuah hotel di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam,Ghzalee Mohamad; Pegawai daerah Jasin, Md zin Mansor dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri,Fadil Said.

Menurut ahmad, beliau turut menyeru supaya semua JKKK dalam kawasan Parlimen Jasin agar dapat memberi penerangan kepada masyarakat mengenai projek pembangunan yang akan dan telah di laksanakan oleh kerajaan.

"Penerangan dan penjelasan daripada JKKK amat penting demi memastikan masyarakat dapat mengetahui segala perancangan dan dasr kerajaan dalam membangunkan sebuah kawasan,"katanya.

Wednesday, July 23, 2008

Supaya Tidak Tercicir-Program 'Cari' Kesan Kelompok Kurang Bernasib Baik

Langkah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenalkan Program Cari baru-baru ini, perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pihak termasuk 66 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen Jasin.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah, berkata semua JKKK perlu melaksanakan langkah turun ke padang dengan mencari dan mengenal pasti golongan sasaran.
Menurut Ahmad Kementerian terbabit telah menyediakan peruntukkan yang besar untuk program tersebut demi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak tercicir dari mendapat pembelaan.

“Bersesuaian dengan program “Cari” yang diperkenalkan ini saya berharap semua JKKK dapat mengenal pasti beberapa kategori golongan kurang bernasib baik di kawasan masing-masing untuk diberi bantuan sewajarnya oleh Kerajaan.

"Melalui program ini, mereka perlu mencari orang yang miskin, warga emas yang terbiar, kanak-kanak yang tidak bersekolah, orang-orang cacat termasuk kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurut Ahmad, apa yang penting sekarang JKKK tidak perlu menunggu sahaja orang susah datang mencari mereka sebaliknya kini giliran mereka pula mengenal pasti golongan kurang bernasib baik yang terdapat dalam kawasan masing-masing.

Ahmad berkata setiap JKKK juga perlu mengisi borang pendaftaran bantuan selepas mengenal pasti golongan kurang bernasib baik di kawasan masing-masing sebelum menyerahkan dokumen tersebut kepada JKM untuk diproses.

“Sebagai Ahli Parlimen Jasin, saya terlibat secara langsung dalam proses meluluskan borang permohonan berkenaan dan apa yang saya boleh janjikan, kelulusan permohonan akan dibuat dalam tempoh yang segera.

“Dalam menolong orang yang susah kenapa kita perlu ambil masa yang lama, jika cukup syarat, kelulusan akan terus diberi kepada pemohon yang layak,'' katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, memperkenalkan program Cari yang membolehkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mencari dan mengenal pasti golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan tanpa menunggu permohonan mereka.

Thursday, July 17, 2008

Bolasepak Piala Pusingan Sri Mahamariamman Ke-41


Kejohanan Bola sepak Piala Pusingan Sri Mahamariamman Ladang Jasin Lalang bermula minggu ini dengan disertai sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar Melaka.Kejohanan yang memasuki musim ke-41 itu merupakan anjuran Kuil Sri Mahamariamman dengan kerjasama Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Taman Ayer Merbau.


Majlis perasmian kejohanan Pengarah Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Mohd Nizam Omar.


Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Kuil Sri Mahamariamman merangkap pengerusi pertandingan, R Sangkaranarayanan, Pengerusi KBBT Negeri, S. Paramasivam dan Timbalan Pengerusi KBBT Taman Ayer Merbau, P Mahalingam.


Menurut Sangkaranarayanan, pertandingan itu disertai 16 pasukan yang datang dari Masjid Tanah, Semabok, Tampin serta beberapa pasukan dari Merlimau dan kawaan Jasin sendiri.


“Format pertandingan ini adalah secara kalah mati di mana johan akan menerima RM1,000, piala pusingan dan hadiah iringan; naib johan RM500 manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat hadiah iringan,”katanya.


Kejohanan itu akan berakhir pada 16 Ogos ini dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dijadual akan merasmikan majlis penutup sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang.itu dilakukan oleh

Wednesday, July 16, 2008

Puteri UMNO Perlu Peka-Pastikan Martabat Melayu Terus Terpelihara Dan DiBela

Semua ahli Puteri UMNO di Bahagian Jasin diingatkan supaya sentiasa sedar akan tanggungjawab mereka sebagai ahli UMNO khususnya dalam memastikan nasib orang melayu terus terpelihara dan terbela. Ketua UMNO bahagian Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, berkata mereka juga perlu sentiasa peka dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seiring dengan kepesatan pembangunan pada hari ini.

Menurutnya, ini adalah penting, kerana dalam era moden hari ini, pelbagai cara dan helah boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam mencuba mengucar-kacirkan masyarakat Melayu pada hari ini. "Semua ahli puteri perlu sentiasa bersedia dan sedar akan tanggungjawab mereka dalam memastikan martabat dan maruah orang- orang Melayu akan terus di hormati oleh masyarakat di dunia ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di majlis perasmian penutupan kursus asas Jati diri dan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Jasin di Eco Retreat, Sime Darby dekat sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO BahagianDatuk Mohd Said Yusoff, Naib Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, Setiausaha UMNO Bahagian, Gazalee Mohamad, Ketua Puteri UMNO Negeri, Mas Emneryatie shamsudin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, Siti Faizah Datuk Abd Aziz.

Kursus anjuran Puteri UMNO Bahagian Jasin selama tiga hari dua malam itu telah disertai seramai 150 peserta yang terdiri dari ketua dan ahli jawatankuasa Puteri di Peringkat Cawangan. Menurut Ahmad, beliau berharap selepas mengikuti kursus itu, semua ahli Puteri UMNO Bahagian Jasin akan menjadi Puteri contoh di dalam negeri ini dan mampu untuk berhadapan dan menangani serta menangkis segala dakyah yang di bawa pembangkang.

Dalam Perkembangan lain, Ahmad turut mengingatkan semua Perwakilan Puteri UMNO di negeri ini supaya menggunakan kebijaksanaan mereka dalam memilih calon sekiranya terdapat pertandingan jawatan. "Saya berharap semua ahli Puteri dapat menggunakan kebijaksanaan mereka dalam memilih calon yang sesuai dan apa yang lebih penting ialah ia mestilah mematuhi etika pemilihan parti dan dijalankan dalam suasana yang harmoni,"katanya

Monday, July 14, 2008

Kita Perlu Bersatu Pulih Kekuatan UMNO

Semua ahli UMNO di Bahagian Jasin diminta sentiasa mematuhi etika parti khususnya semasa mengadakan mesyuarat agung UMNO peringkat cawangan masing- masing bermula 19 julai ini. Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah, berkata langkah mematuhi peruntukkan dan etika parti itu amat penting demi memastikan perjalanan mesyuarat agung dapat dilaksanakan dengan lancar tampa ada sebarang masalah.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin, berkata, mereka juga diingatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi bagi memastikan nasib orang Melayu terus terbela. "Saya berharap supaya ahli UMNO terutama kepentingan di peringkat cawangan supaya dapat memahami dan mematuhi peraturan dan etika yang terdapat didalam perlembagaan parti demi memastikan tiada sebarang masalah berlaku,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Cawangan Berkelompok UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, dekat sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd Said Yusoff, Naib Ketua Bahagian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, Ketua Wanita, Datuk Ramlah Abas, Ketua Pemuda, Mohd Yazed Khamis dan Ketua Puteri, Siti Faezah abd Aziz.

Lebih 300 pemimpin dari keempat-empat sayap parti yang mewakili 79 Cawangan UMNO di dalam Bahagian Jasin hadir di majlis tersebut. Menurut ahmad, semua ahli UMNO khususnya di peringkat cawangan dan bahagian perlu mengembalikan kekuatan UMNO dan sentiasa bersama-sama menghadapi apa juga masalah, kesukaran dan kepayahan.

"Saya juga berharap supaya semangat perpaduan akan terus dapat di pertingkatkan terutama di peringkat akar umbi menjelang hari mesyuarat agung di kawasan masing- masing. "Mereka juga perlu mendapatkan sokongan daripada orang muda, ahli professional sekaligus mesti memberi ruang kepada mereka supaya mereka tidak lari daripada UMNO,"katanya.

Friday, July 11, 2008

Peluang Kerja DiTawarkan Kepada Golongan Miskin

seramai 83 orang daripada 591 penduduk miskin di Daerah ini telah menerima tawaran Pekerjaan sukarelawan yang disediakan oleh kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Ketua Menteri, datuk seri Mohd Ali Rustam berkata, mereka yang terpilih daripada jumlah itu merupakan golongan yang diketegorikan sebagai miskin produktif dan menerima tawaran kerja di bawah pelbagai jabatan dan agensi terlibat.

Menurutnya, antara agensi berkenaan termasuk Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Jasin.(MPJ) dan Majlis Agama Islam(MAIM) . "Secara puratanya,83 orang terbabit telah ditawarkan gaji sebanyak RM350 sebulan dan jika ditamba dengan bantuan dan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIM, pendapatan isi rumah mereka kini telah melepasi kemiskinan iaitu sekitar RM650,''katanya.

Setakat Mac lalu, seramai 2,875 rakyat miskin dikenal pasti di seluruh negeri dengan 757 orang daripadanya ialah miskin produktif manakala seramai 1,559 orang miskin tidak produktif dan ekonomis. Kata Mohd Ali, selain ditawarkan skim pekerjaan, 13 orang daripada 591 penduduk miskin di Jasin diserapkan menerima program peningkatan pendapatan yang menyediakan peruntukkan RM 136,200.

''Di bawah program ini,mereka terlibat dalam pelbagai industri dan bidang perusahaan kecil seperti jahitan dan makanan, bergantung kepada kemahiran dan kepandaian masing- masing. Katanya, usaha sedang dibuat untuk menambahkan pendapatan golongan miskin tidak produktif termasuk mereka yang belum menerima tawaran pekejaan di bawah skim berkenaan.

Selain itu, katanya, pelbagai usaha lain turut digerakkan bagi membantu golongan miskin di Jasin meningkatkan taraf kehidupan mereka termasuk menyeiakan kemudahan perumahan yang lebih selesa untuk golongan itu. Ujarnya, setakat Mei lalu, sebanyak 20 buah rumah baru dibina di bawah Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) manakala 63 buah rumah trlibat dalam kerja-kerja pembaikan di bawah program yang sama.

Kemudahan Asas Infrastruktur - KKLBW Perkenak sistem Pementaan.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) akan memperkenalkan sistem pemetaan bagi mempertingkatkan, memantau dan merangcang kemudahan asas dan infrastruktur di seluruh negara terutama di luar bandar. Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, menerusi kaedah pemetaan itu setiap warna akan dilakar kepada pembangunan di semua tempat bagi mengenalpasti kemudahan infrastuktur yang di disediakan.

"Umpamanaya kita akan warnakan biru untuk bekalan air, merah untuk kemudahan elektrik, coklat untuk (Pembinaan) jalan dan warna hitam untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT),'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Mari Belajar Peringkat negeri Melaka di Dewan Sekolah Menengah Seri Mahkota, Merlimau dekat sini. Beliau berkata, perancangan untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur akan lebih mudah untuk dilaksanakan berdasarkan keadah pemantaan yang di jangka siap pada hujung tahun ini.

Katanaya, Kerajaan sasaran kemudahan infrastruktur di luar bandar di seluruh negara dapat disempurnakan menjelang 2016."Satu pembelanjaan besar akan diluluskan untuk menjadikan kemudahan asas di semua tempat dan tidak tertaluk di satu tempat sahaja,"katanya. Beliau berkata, menerusi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat minggu lepas, sebanyak RM4 bilion di peruntukkan untuk meningkatkan kemudahan Infrastruktur di seluruh negera.

Katanya, daripada RM4 bilion, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan kepada sabah dan serawak yang masing- masing menerima sebanyak RM1 bilion.Muhammad juga berkata, jemaah kabinet di peringkat industri dan infrastuktur turut meluluskan pembangunan merangkumi 30 kilometer radius di kawasan bandar. ''Ini bagi memastikan pembangunan tidak tertumpu kepada bandar sahaja bahkan kawasan di sekitarnya,'' katanya.

Friday, July 4, 2008

Usaha Berterusan Majukan Rakyat

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan usaha gigih yang berterusan selain komitmen yang tinggi dari semua pihak, sama ada pemimpin dan anggota kerajaan serta rakyat amat diperlukan bagi meningkatkan kemajuan negeri Melaka.

Katanya, usaha ini adalah sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat menjadikan Melaka negeri maju menjelang 2010.Untuk itu katanya, Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek demi meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat termasuk peruntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) untuk memberikan keselesaan kepada penduduk di seluruh negeri termasuk di Daerah Jasin.

Mohd Ali berkata demikian di Majlis Makan Malam Tuan Yang Terutama, Tun Mohd Khalil Yaakob Bersama Rakyat Daerah Jasin yang diadakan di Stadium Jasin sempena perlantikan penggal ke-dua Mohd Khalil menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka. Hadir sama isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; isteri Ketua Menteri, Datin Wira Asmah Abd. Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan isteri, Datin Halimah Baba; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kasih dan isteri Datin Faridah Jaafar.Turut hadir Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Rashid Reza Mohd Saleh, Pegawai Daerah Jasin, Mohd Zin Mansor, Ketua-Ketua Jabatan serta lebih 500 penduduk sekitar daerah Jasin.Jelas Mohd Ali , antara projek pembangunan yang disediakan dalam RMK-9 untuk daerah ini adalah projek pembinaan naik taraf dan jalan baru antara Jasin - Merlimau - Kampung Lancang dan Jalan Baru Jasin - Tangkak ke Jalan Jasin - Nyalas yang menelan belanja RM25 juta.

"Kerajaan terus istiqamah dalam meningkatkan kemudahan pendidikan agama dan kemudahan ibadat kepada umat Islam di daerah ini, untuk itu sebanyak sepuluh buah surau yang menelan belanja RM1.1 juta selain empat buah masjid yang melibatkan RM9.5 juta dan sepuluh buah Sekolah Rendah Agama (SRA) yang baru dengan kos RM10.7 juta akan dibina," kata Ketua Menteri.Selain itu katanya, pembinaan sebanyak tujuh buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang menelan belanja sebanyak RM52.6 juta turut dilaksanakan di daerah Jasin, yang mana keseluruhannya menelan belanja sebanyak RM73.9 juta akan dibelanjakan."Usaha-usaha untuk mencegah banjir akan terus dilaksanakan di daerah ini di mana dua buah projek tebatan banjir iaitu di Kampung Lancang dan Pekan Merlimau yang melibatkan peruntukkan RM20 juta termasuk projek takungan banjir di Kampung Tasik Sungai Rambai turut dibina," jelasnya.

Kata Mohd Ali, bagi meningkatkan penggunaan air oleh rakyat dan pelabur serta pekilang-pekilang, sebuah Logi Air Lancang yang melibatkan RM20 juta sedang dalam pembinaan secara berperingkat-peringkat."Keperluan tempat tinggal untuk rakyat sentiasa meningkat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah, justeru itu kerajaan telah memperuntukkan RM32.356 juta di dalam RMK-9 untuk melaksanakan dua buah projek perumahan di Kampung Kelubi (fasa 1) dan Kampung Pulai Darat (fasa 11) dalam usaha untuk menambah jumlah rumah kos rendah terutamanya di kawasan penduduk yang padat," katanya.

Selain itu tambah Mohd Ali, kerajaan persekutuan terus merancang, membangunkan serta menaiktarafkan dan menambah kemudahan dan prasarana pendidikan dimana sebanyak RM35.859 juta diperuntukkan untuk pembinaan 17 buah sekolah di daerah ini bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan pendidikan yang selesa dan berkualiti dalam mencapai matlamat ke arah pendidikan bertaraf dunia."Kemudahan kesihatan turut dipertingkatkan, untuk itu sebanyak dua buah klinik kesihatan desa sedang dilaksanakan di Bemban dan Merlimau yang melibatkan kos lebih RM15 juta bagi memastikan rakyat mendapat khidmat rawatan dan pemulihan kesihatan terbaik," ujar Mohd Ali.