Tuesday, April 29, 2008

Majlis High Tea Bersama Pemimpin dan Pendidik Daerah Jasin



YB Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj Hamzah memberi ucapan kepada semua tetamu yang hadir. Menggucapkan ribuan terima kasih diatas usaha para guru dan cikgu didalam Kawasan Jasin mendidik anak-anak bangsa di sekolah. Segala penat lelah para guru tidak dapat di nilai dengan wang ringgit atau kata-kata. Semoga meneruskan lagi usaha dalam membimbing anak bangsa kita dan menaikkan pencapaian pelajar didalam daerah jasin dari masa ke semasa.


Menanti jamuan disediakan sambil berbincang serta berkongsi masalah dari para pengetua sekolah dan IPTA.
YB DATUK WIRA HJ AHMAD BIN HJ HAMZAH memberi cenderahati kepada wakil dari setiap sekolah dan IPTA yang hadir.

Friday, April 11, 2008

Berjumpa dengan rakyat di Pulai


ULASAN YB AHLI PARLIMEN JASIN

- Satu keputusan yang cukup memeranjatkan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang dianggotai parti pembangkang.

- Keputusan untuk meneruskan kegiatan menternak babi di Negeri Selangor dengan perbelanjaan RM 100 juta mencerminkan ketika ini Kerajaan Negeri Selangor tidak perihatin tentang bantahan dan risiko berhubung dengan keputusan tersebut. Ianya satu penghinaan kepada penduduk Melayu secara amnya dan Agama Islam secara khasnya.

- Satu gambaran jelas Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Parti Barisan Alternatif dengan keanggotaan parti-parti PKR, PAS dan DAP terlalu bongkak dan berlawanan dengan janji-janji mereka.

- Kita berharap semoga rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam menentukan masa depan Negara. Jadikanlah ini sebagai satu pengajaran dan iktibar atas kesilapan yang dibuat dengan memilih Parti Pembangkang untuk menerajui Negeri Selangor.

Saturday, April 5, 2008

Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat



Pada 26 FEB 08 ,yang lalu bertempat di Sek Keb Serkam satu program majlis mesra pemimpin bersama rakyat telah dianjurkan oleh Jab Penerangan Negeri Melaka.Program ini bertujuan,agar pemimpin dan rakyat dapat beramah mesra dan mengenali antara satu sama lain.segala masalah rakyat dapat disalur kan kepada pemimpin dengan cara yang mudah.Ribuan terima kasih di ucapkan kepada YB hadir untuk berjumpa dengan rakyat.

Pembinaan Rumah PPRT




melawat rumah penduduk di kampung pulai bagi meluluskan pembinaan rumah PPRT dengan segera.ini kerana keadaan rumah yang uzur dan rumah yang sempit.kerja-kerja pembinaan akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dengan kadar yang segera.










Wednesday, April 2, 2008

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 12

P139 JASIN
Jumlah Pengundi: 56,121
Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07%

1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838)
2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348)

Majoriti: 12,490

Jumlah undi: 44,176

Peratus mengundi: 78.72%

Undi rosak: 990

Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN)
(Majoriti: 21,334 undi)

VISI

Menjadikan daerah Jasin sebagai pusat pertumbuhan baru dan maju dengan mempertingkatkan infrastruktur asas serta kemudahan awam dan mengwujudkan masyarakat cemerlang berpadu serta berilmu.

MISI

Memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, pembangunan ekonomi dan infrastruktur selaras dengan Melaka Maju 2010

DIARI HARIAN

11 April 2008 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Jasin 2/2008 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah

12 April 2008 - Rasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2007 di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin

12 April 2008 - Mesyuarat GABEM

18-19 April 2008 - Retreat Ahli Parlimen BN di Hotel Istana.

25 april 2008-majlis silaturahim bersama pemimpin, anjuran Biro pelajaran
3.30 p.m bertempat di Hotel seri impian

22hb. April - Majlis Penilaian Anugerah Belia Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
Peringkat Negeri Melaka

24hb April - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Melaka.

25hb April - Sembahyang Jumaat di Masjid Kesang Luar.
Mesyuarat PIBG SK Tehel di Dewan SK Tehel.
Mesyuarat Yayasan Jasin
Majlis Silaturrahim "Sepetang Bersama Pemimpin" di Hotel Sri Impian
Maulidurrasul di Kg. Rim

26hb April - Mesyuarat Khas Bersama Ketua-ketua Cawangan
Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin

28hb April - 27hb Mei - Persidangan Parlimen

10 Mei 2008-majlis penerangan perpaduan melayu parlimen jasin.
di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin , Merlimau.