Friday, June 27, 2008

Kemudahan Pelancongan Jasin Di Pertingkatkan

Pelbagai Kemudahan Pelancongan baru akan diwujudkan di sini dalam usaha mempopularkan lagi daerah ini sebagai salah satu destinasi pelancongan luar bandar. Ketua menteri, Datuk Seri Ali Rostam berkata, antara program pembangunan pelancongan yang sedang berjalan ketika ini adalah pembinaan taman rekreasi di Ayer Panas di Bemban serta beberapa kemudahan baru lain.
Menurutnya, ia termasuk pembinaan taman rekreasi Bukit Langsat dan projek Laman Tiga Budaya di kawasan Asahan." Apabila kemudahan pelancongan ini siap sepenuhnya kelak, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kerajaan negeri tetapi juga penduduk setempat," katanya di sini hari ini.
Kata Mohd Ali, selain itu, kemudahan pelancongan lain turut terlibat dalam projek menaik taraf tersebut termasuk hutan simpan Bukit Sedanan dan hutan rekreasi Bukit Batu Lebah. Ujarnya kos menik taraf kemudahan terlibat di anggarkan berniali RM6.6 juta termasuk menaik taraf hutan rekreasi Bukit Langsat yang kini dalam pembinaan.
Ujarnya usaha menigkatkan kemudahan prsarana pelancongan di daerah terbabit di harap dapat membantu menarik lebih ramai pelancongan asing berkunjung ke Jasin pada masa depan.