Wednesday, September 24, 2008

Johan Qariah Jasin

Johan Kategori Qariah bagi Tilawah Al-Quran UMNO Bahagian Jasin, Halimatun Abd Majid, 46 amat bersemangat setiap kali menyertai pertadingan tilawah Al-Quran.

Beliau yang merupakan guru bagi matapelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama (JAIM) Seri Mendapat memberitahu beliau sering bersemangat setiap kali menyertai pertandingan tilawah.

"Menyertai pertandingan Al-Quran sudah menjadi kebiasaan kepada saya kerana saya amat meminati menyertai pertandingan sebegini semenjak kecil lagi.

"Selain saya juga kerap menyertai kursus yang dianjurkan oleh pihak MAIM dan agensi-agensi lain dalam usaha saya memperbaiki cara pembacaan ayat suci Al-Quran dengan betul.

"Disamping, saya juga pernah menyertai pertandingan tilawah peringkat negeri pada tahun 1980an dahulu. Kini, pertandingan sebegitu sudah bayak dimonopoli oleh generasi baru yang turut merupakan pelapis Qari dan Qariah,"katanya.

Disamping pertandingan tersebut, Halimatun berjaya mengalahkan dua lagi perserta daripada Kesang Tua dan Taman Maju dengan berjaya memperolehi markah sebanyak 81 peratus.

Sementara tempat kedua pula dimenagi oleh Shamsiah Muhamad dan tempat ketiga ialag Zainah Rahmat dengan markah 63 peratus.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.Turut hadir Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazalee Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis dan Senator Datuk Akhbar Ali.