Thursday, July 24, 2008

JKKK Perlu Pro-aktif Tandangi Masalah Rakyat

Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen Jasin, diminta memainkan peranan mereka dalam mengenal pasti masalah penduduk di kwasan masing- masing.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, sebagai sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi, peranan mereka itu amat penting dalam memastikan penduduk mendapat kehidupan yang lebih baik sejajar dengan perbangunan negara.

Menurut Ahmad, biarpun sehingga kini tiada laporan yang tidak memuaskan mengenai prestasi JKKK di dalam Parlimen Jasin, mereka seharusnya terus meningkatkan mutu perhidmatan kepada penduduk.

"Saya berharap, semua ahli jawatankuasa JKKK di dalam Parlimen Jasin, akan terus melipat -gandakan usaha mereka kearah pembangunan masyarakat tanpa mengira fahaman politik demi kemakmuran kawasan sekitar.

"Jesteru itu, mereka perlulah memastikan segala permasalahan dapat didengari dan mengambil tindakkan dengan memaklumkan di dalam mesyuarat Jawatnkuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN),"katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Penyerahan Peruntukkan Parlimen Jasin berjumlah RM197,00 kepada JKKK di dalam kawasan Parlimen Jasin di sebuah hotel di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam,Ghzalee Mohamad; Pegawai daerah Jasin, Md zin Mansor dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri,Fadil Said.

Menurut ahmad, beliau turut menyeru supaya semua JKKK dalam kawasan Parlimen Jasin agar dapat memberi penerangan kepada masyarakat mengenai projek pembangunan yang akan dan telah di laksanakan oleh kerajaan.

"Penerangan dan penjelasan daripada JKKK amat penting demi memastikan masyarakat dapat mengetahui segala perancangan dan dasr kerajaan dalam membangunkan sebuah kawasan,"katanya.