Friday, July 11, 2008

Peluang Kerja DiTawarkan Kepada Golongan Miskin

seramai 83 orang daripada 591 penduduk miskin di Daerah ini telah menerima tawaran Pekerjaan sukarelawan yang disediakan oleh kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Ketua Menteri, datuk seri Mohd Ali Rustam berkata, mereka yang terpilih daripada jumlah itu merupakan golongan yang diketegorikan sebagai miskin produktif dan menerima tawaran kerja di bawah pelbagai jabatan dan agensi terlibat.

Menurutnya, antara agensi berkenaan termasuk Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Jasin.(MPJ) dan Majlis Agama Islam(MAIM) . "Secara puratanya,83 orang terbabit telah ditawarkan gaji sebanyak RM350 sebulan dan jika ditamba dengan bantuan dan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIM, pendapatan isi rumah mereka kini telah melepasi kemiskinan iaitu sekitar RM650,''katanya.

Setakat Mac lalu, seramai 2,875 rakyat miskin dikenal pasti di seluruh negeri dengan 757 orang daripadanya ialah miskin produktif manakala seramai 1,559 orang miskin tidak produktif dan ekonomis. Kata Mohd Ali, selain ditawarkan skim pekerjaan, 13 orang daripada 591 penduduk miskin di Jasin diserapkan menerima program peningkatan pendapatan yang menyediakan peruntukkan RM 136,200.

''Di bawah program ini,mereka terlibat dalam pelbagai industri dan bidang perusahaan kecil seperti jahitan dan makanan, bergantung kepada kemahiran dan kepandaian masing- masing. Katanya, usaha sedang dibuat untuk menambahkan pendapatan golongan miskin tidak produktif termasuk mereka yang belum menerima tawaran pekejaan di bawah skim berkenaan.

Selain itu, katanya, pelbagai usaha lain turut digerakkan bagi membantu golongan miskin di Jasin meningkatkan taraf kehidupan mereka termasuk menyeiakan kemudahan perumahan yang lebih selesa untuk golongan itu. Ujarnya, setakat Mei lalu, sebanyak 20 buah rumah baru dibina di bawah Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) manakala 63 buah rumah trlibat dalam kerja-kerja pembaikan di bawah program yang sama.