Tuesday, September 16, 2008

499 Fakir miskin Parlimen Jasin Terima Bantuan

Seramai 499 fakir miskin serta golongan yan memerlukan di kawasan Parlimen Jasin menerima sumbangan semperna bulan Ramadhan yang di sampaikan oleh ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Majlis sumbangan yang diadakan di Masjid Al-Mukminun itu membabitkan 237 penerima dari 79 cawangan UMNO Bahagian Jasin,237 dari Yayasan Pembangunan Islam (YAPIIM) dan 25 daripada senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Negeri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusoff; Pegawai Daerah Jasin, Md Zin Mansor; Ahli Exco Kerajaan negeri serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Jasin.

Mohd Ali memberitahu, sumbangan tersebut membuktikan bahawa kerajaan negeri begitu perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini.

"Sebagai contoh, kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian kebajikan JKM daripada RM400 kepada RM720 sebulan untuk semenajung, RM830 sebulan untuk Serawak dan RM960 untuk Sabah.

"Ini bermakna bilangan penerima akan bertambah dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000 isi rumah di seluruh malaysia,"katanya.

Menurut Mohd Ali, pada tahun hadapan, peruntukkan sebanyak RM50 juta telah disediakan di- bawah program bantuan untuk membina sebanyak 1,400 rumah baru dan menaikpulih 1,000 rumah golongan berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan.

Katanya, selain it, bill elektrik RM20 dan kebawah sebulan turut dikecualikan bayaran berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir tahun 2009.

Pada Majlis itu, Ketua Menteri bersama tetamu turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawikh.