Wednesday, December 10, 2008

113 Golongan Kurang Mampu Di Tehel Terima Daging Korban

Kira-kira 113 masyarakat yang kurang berkemampuan di kawasan Tehel meliputi kawasan Tehel Tengah, Tehel Ulu dan Paya Kundang menerima daging korban yang dilakukan UMNO Bahagian Jasin di sini.

Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Bemban, Zainal Kadir memberitahu, UMNO Bahagian Jasin ini berjaya mengorbankan tiga ekor lembu untuk di berikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

"Tujuan kita pada hari ini adalah mahu berkongsi bersama-sama dengan masyarakat yang kurang berkemampuan di kampung ini merasai nikmat yang telah dikurnaiakan Allah S.W.T.

"Walaupun hujan turun dengan lebat sejak malam semalam, namun sokongan yang di berikan oleh semua jawatankuasa UMNO BahagianJasin dan Cawangtan di sini, amat memberangsangkan.

"Lebih 30 ahli serta jawatankuasa UMNO Bahagian dan Cawangan hadir membantu dalam majlis korban yang dilakukan pada hari ini"katanya ketika di temui hari ini.

Katanya, daging yang telah dibahagi-bahagiakan itu telah disampaikan oleh Ketua UMNO bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda bahagian, Azman Abdullah; Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian, Halil Abdullah serta Pengerusi Biro Antarabangsa UMNO Bahagian, Ahmad Baharudin.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Tehel, Rahim Selamat memberitahu,pihaknya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan yang di berikan oleh UMNO Bahagian.

"Sebelum ini, UMNO mengadakan korban di kawasan DUN lain dan pada tahun ini, kami berbesar hati apabila menerima kunjungan UMNO Bahagian untuk mengadakan majlis korban di DUN ini.

"Di samping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli Bahagian dan cawangan, kita juga berpeluang membantu masyarakat susah yang sebelum ini tidak dapat merasai daging korban,"katanya.