Wednesday, December 10, 2008

RM 114 Juta Laksana Projek Bekalan Air Negeri Melaka-KTAK

Kementerian Tenaga, air dan Komunikasi (KTAK) telah meluluskan sejumlah RM144 juta meliputi pelaksanaan sembilan projek bekalan air di negeri ini.

Menurut menterinya, Datuk Shaziman abu Mansor, daripada jum;ah itu, sebanyak empat projek telah siap iaitu Empangan Jus, membaik pulih loji rawatan air negeri Melaka dan projek penyaluran air mentah dari sungai Muar ke Durian Tunggal.

Manakala Projek yang selebihnya masih di peringkat penyediaan, reka bentuk dan kementerian akan memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan rakyat negeri melaka.

"Disamping itu, pihak kementerian turut memberi tumpuan kepada program meningkatkan kualiti bekalan air kepada pengguna menerusi projek penukaran paip yang lama dan usang di seluruh negara.

"Bagi negeri Melaka, hari ini sepanjang 180 Kilometer paip telah ditukarkan untuk mengikatkan kualiti bekalan air,"katanya di Majlis sehari Bersama Pelanggan KTAK di Sebuah hotel di Jasin.

Katanya, bagi sektor komunikasi, pihak kementerian penggunaan teknologi jalur lebar dalam usaha membudayakan ICT khususnya di kalangan masyarakat bandar.

"Stasistik sehingga JUN 2008 menunjukkan kadar penebusan jalur lebar di negeri Melaka adalah sebanyak 18 Peratus iaitu melepasi kadar penembusan nasional pada masa kini sebanyak 17 peratus.

"Pencampaian ini menunjukkan negeri Melaka merupakan empat negeri teratas yang mencatatkan kadar penembusan jalur lebar tertinggi di Malaysia dan pencampaian ini merupakan tanda Melaka sedang menuju menjadi sebuah negeri maju,"katanya.

Tambahannya, Melaka juga telah dipilih sebagai projek perintis untuk pelaksanaan satu mukim telecntre oleh Unit Perancangan Ekonomi.

Sehingga Disember 2007, Melaka telah mempunyai sebanyak 80 telecenter iaitu 35 Alor Gajah, 27 di Jasin dan 18 di Melaka Tengah dan 33 telecenter lagi akan di bina pada tahun ini.