Wednesday, December 10, 2008

20 Keluarga Kampung Tedong Pekan sambut Aidiladha Dalam Keadaan Banjir

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa kampung di sekitar Jasin, di sini dinaiki air.

Ini termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, melibatkan kira-kira 20 buah keluarga yang tinggal di kampung Tedong Pekan, terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan banjir apabila rumah mereka dimasuki air seawal 6 pagi.

Penghulu DUN Serkam, Zakaria abu Bakar berkata, banjir kilat hari ini melibatkan kira-kira 100 penduduk dari 20 buah rumah, di mana hujan lebat di kawsan tanah rendah di kampung ini berlaku sejak awal pagi .

"Air mulai surut jam 11.15 pagi tadi dan pelbagai agensi Kerajaan seperti kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM), Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) serta pasukan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin turut hadir membantu menyelamatkan mangsa banjir.

"Wakil-wakil agensi Kerajaan ini turut mengadakan kerja-kerja pembesihan seperti membersihkan longkang-longkang, tali air dan parit yang tersumbat supaya air hujan dapat mengalir terus ke sungai berhampiran,"katanya.

Katanya, selain melakukan kerja-kerja pembesihan di kawasan lain dalam daerah ini untuk melakukan kerja-kerja pembesihan di kawsan itu yang turut dinaiki air.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah pula berkata, beliau turut berasa bimbang melihatkan keadaan mangsa banjir kilat di kawasan ini.

"Kita bimbang jika belaku air pasang, maka keadaan akan menjadi bertambanh teruk dan mereka semua terpaksa beraya dalam keadaan banjir,"katanya ketika mengadakan lawatan ke kampung tersebut.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam; Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Azman Abdullah serta beberapa wakil jabatan Kerajaan.

Selain Kampung Tedong, Ahmad juga sempat meninjau ke beberapa lokasi lain yang dinaiki air, antaranya Kampung Pulai dan Kampung Tedong Pantai.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Daerah, Halim Ahmad ketika di hubungi memberitahu, setakat jam3 petang ini, tiada sebarang aktiviti pemindahan mangsa banjir dilakukan.

"Selain DUN Serkam, terdapat dua lagi kampung di DUN RIM iaitu Kampung Sempang Kerayong dan kampung Chabau turut dinaiki air dengan ketinggian satu sehingga 1.5 meter.

"Di Kampung Sempang Kerayong melibatkan lima buah keluarga, manakala di Kampung Chabau pula juga melibatkan lima buah keluarga.

"Walaubagaimanapun, air mulai suraut dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengahari tadi,"katanya.