Friday, December 19, 2008

Ahli PPKM Terima 10 Kerusi Roda & Tongkat

Ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Jasin yang baru di lancarkan April lalu menerima bantuan sebanyak 10 kerusi roda dan tongkat.

Peralatan tersebut adalah sumbangan dari Badan sukarela Al- Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) untuk di sampaikan kepada ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah di sebuah hotel, di sini.

Menurut Pengerusi PPKM Cawangan Jasin, Abu Bakar Mahadi, pihaknya kini sedang merancang pelbagai aktiviti untuk para ahli mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Putrajaya dan pelbagai aktiviti lain.

"Ini bagi memastikan semua ahli PPKM mendapat manfaat, selain berpeluang berkenal-kenalan dengan rakan-rakan lama kita.

"Dengan ini, kehidupan warga emas akan merasa lega jika kita dapat manfaatkan peluang serta masa yang ada dengan sebaik mungkin," katanya di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Negeri Melaka.

Hadir sama, Yang Di- Pertua PPKM Negeri Melaka, Mohd Isa Baba; Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazalee Muhamad serta Pegawai Daerah, Halim Ahmad.

Pada sambutan itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh kakitangan Hospital Pakar Putra(HPP), pemeriksaan mata, ceramah kesihatan warga emas, cabutan nama bertuah serta jamuan makan.

"Setakat ini, jumlah bilangan ahli PPKM Cawangan Jasin kira-kira 70 orang dan di jangka jumlah ini akan terus bertambah dari masa kesemasa''Ujarnya.

Dengan menyertai PPKM, pesara kini boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dianjurkan bersama rakan-rakan lain, di samping mengeratkan silaturrahim yang sememangnya sudah terjalin di antara mereka